Satu Cerita Yang Menyeramkan...
Satu cerita seram
Citer seram ni aku dpt dari kawan....
Kisah terjadi waktu aku dlm perjalanan pulang dari KL. Kereta kami meluncur laju meredas 'highway' yg ketika itu lengang. Jam ditangan menunjukkan pukul 6 petang, Kami singgah di Perhentian Pagoh untuk berehat dan makan malam. Di situ... semua dlm perjalanan ke destinasi masing-masing.
Selepas makan kami meneruskan perjalanan ke kampung makcik aku yg tak jauh dari situ. Setibanya di sana sepupu aku bersuara. Dia kata tempat yg kita beristirehat tadi sebenarnya berhantu. Kami tanya bagaimana dia tahu?
Menurut sepupu aku waktu dia sedang makan, datang seorang penduduk disitu dan menceritakan satu kisah yg baru saja berlaku. Ada seorang lelaki yg duduk berehat di situ. Waktu tu malam, bulan mengambang penuh, tiada siapa lagi di situ. Angin meniup sepoi-sepoi bahasa... dingin... terlalu dingin sehinggakan dia duduk berpeluk tubuh.
Lelaki itu kemudian berjalan ke arah tandas... Sedang dia berjalan, dia terdengar bunyi tapak kaki di belakangnya. Bulu roma berdiri tegak, bunyi itu semakin kuat, seakan-akan hendak mengejar nya. Dengan secepat kilat pemuda itu menoleh... tapi.... tiada orang di belakangnya. Dia meneruskan perjalanan.. bunyi tapak kaki kedengaran lagi.
Bunyi nya tidak seperti bunyi tapak kaki manusia..... kelekuk... kelekuk... kelekuk..... begitulah lebih kurang bunyinya... seperti kuda. Satu gugusan angin tiba-tiba menerpa menghembus ke muka.... bunyi tapak semakin kuat...... dia memberanikan diri dan toleh sekali lagi.
Alangkah terperanjatnya bila dia dapati ada sejenis makhluk berbadan kambing berkepala manusia merenung tepat ke arahnya. Kelihatan darah menitis -nitis dari mulut binatang itu, matanya merah menyala. Rupanya amat menyeramkan. Pemuda itu gamam.... tubuhnya tidak dapat bergerak... dia terpaku.
Binatang itu menghampiri dirinya... setapak demi setapak dia melangkah... kedengaran nafas binatang yg sungguh menggerunkan itu. Pemuda itu tidak dapat bersuara, mulutnya seakan-akan dikunci, keringat sejuk mula membasahi pipinya, dia tahu yg makhluk separuh kambing separuh manusia itu akan membahamnya...
Makhluk itu semakin dekat hingga mukanya bertentangan dgn muka pemuda itu. Dengan satu pandangan yg tajam, makhluk itu membuka mulut dan bersuara,
DIMANA DIA ANAK KAMBING SAYA.... ANAK KAMBING SAYA YG MAKAN DAUN PALAS..... DIMANA DIA BUAH HATI SAYA.... BUAH HATI SAYA BAGAI TELOR DIKUPAS.........
ooohhhhhhHHHHH.. CHAN MALI CHAN!" "Oi! Oi!" ader suara background lagik..... hehehehheheeh "CHAN MALI CHAN!" "Oi Oi "CHAN MALI CHAN KETIPONNNNGGGG PAYONGGGGG... oooOOOOHHHH" Everybody!... let's sing together!!!!!!! CHAN MALI CHAN OI OI CHAN MALI CHAN OI OI CHAN MALI CHAN KETIPONGGGGG PAYONG.....
Posted at 08:25 am by alrio
Permalink
Cinta tu satu masalah. Masalah yang selalunya kita terima dengan rela hati walau pada awalnya kita boleh membuat pilihan untuk terima atau tidak, tapi disebabkan kita ni tak dapat melihat masa depan (future) sifat ingin tahu dan ingin mencuba yang memang sedia ada dalam diri kita akan mempengaruhi keputusan yang kita buat. Selalunya ia akan mendorong kita untuk mengikut perasaan yang datang.
Cinta adalah satu masalah yang kita terima dengan senyuman dan hati terbuka walaupun kita sedar kalau ianya tak kesampaian, kita akan rasa perit, sakit dan menggugat kewarasan fikiran. Cinta hanya satu emosi. Sesuatu yang tidak wujud secara nyata, sesuatu yang tidak dapat disentuh secara fizikal, sesuatu yang cuma bermain didalam minda kita.
Sebenarnya, cinta yang datang dan cinta yang pergi tu adalah satu anugerah Tuhan. Anugerah yang membuatkan kita lebih peka dengan naluri kita, anugerah yang dapat menzahirkan keupayaan diluar jangkauan normal.
Jangan cuba lari dari cinta kerana ia adalah sebahagian dari kehidupan. Hadir kita ke dunia kerana cinta, hidup kita kerana cinta, mati kita kerana cinta. Fikirkanlah.
Apa ada pada sayang kalau hanya perasaan yang datang dan pergi,
Apa ada pada kasih kalau hanya perasaan yang timbul dan tenggelam,
Apa ada pada cinta kalau hanya di bibir saja,
Cinta, Kasih dan Sayang hanyalah perasaan,
dan tetap perasaan.
Posted at 08:22 am by alrio
Permalink
Hm.... rasenya takde ape yg berlaku pada diri aku ini... sebenarnya.. aku sibuk atas urusan kerja... ishk.. pendek kata selagi belom tutup mata! kerja! kerja! kerja! hehe.. ok laa.. hari ni keje aku nak kemaskini kan blog... utk tatapan korang gaks kan ? ahahaha.. wokeh!!
Posted at 03:07 pm by alrio
Permalink
Lirik Lagu - Cinta Seorang Teman (BOB Akademi Fantasia)
Assalamualaikum... hai kengkawan.. lama rasenya aku tak update...rasenya 3 bulan lebih... al maklom la.. banyak sangat kerja.. dan masa memang tidak mengizinkan aku untuk menaip di blog nie...
OK!!! di sebabkan demam Akademi Fantasia belom habis lagi, kita memang ketahui bahawa Zahid telah menjadi Juara Untuk AF musim ke 2 ini. Tahniah buat Zahid!! pada bintang-bintang AF2 yg lain, pon diucapkan tahniah, pasal this year ur group memang best! ok la.. di sebabkan demam belom reda lagi, aku ingin letakkan lagu CINTA SEORANG TEMAN yang dinyanyikan oleh BOB Akademi Fantasia. Perghhh!! suara dia memang memukau! so, pada sesiapa yang belum muat turun lagi lagu si BOB AF2 nie... bole la cari di server webnet, #mp3zs.
Cinta Seorang Teman - BOB Akademi Fantasia 2
Lirik/Lagu - Adnan Abu Hasan
Dulu engkau ku kenali
tak pernah ku sedar
dari mata yang memandang penuh pengertian
tapi saat itu telah berubah
di persimpangan usia
antara kita tak mampu lagi
berselindung dengan alasan
Telah ku cantumkan semua
impian bersama
dalam jalinan yang kita bina berdua
namun apakah erti bila keinginan terlanjur
lalu menganggu kala dirimu selalu
ada disisi
c/o: Duhai teman
biasakah kau fahami sandiwara ini
sejak bila berputiknya cinta kita
menjadi rahsia yang tersimpan
mewujudkan kenyataanku
tak sanggup kehilangan mu..oh...
Telah ku cantumkan semua
impian bersama
dari mata yang memandang penuh pengertian
namun apakah erti bila keinginan telah terlanjur
lalu menganggu sanubari ku..
owhh... ohhh... ohh heyy yeahh....
Ku cuba bayangkan waktu dulu
gurau senda serta pujukkan mu
puisi indah menyatakan kata rinduku
masa yg berlalu meragui
seluruh harapan muncul
kini mengapa kan bertanya dimana kesudahan kita ( ulang c/o )
Posted at 09:24 am by alrio
Permalink